
Anonymous
5 tahun
Sakit Dada dibahagian kiri dan rasa seperti dihimpat
Saya berumur 19 tahun… beberapa Hari ini Saya sakit Dada dibahagian kiri

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada sebelah kiri ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- serangan jantung (punca utama sakit dada sebelah kiri)
- masalah dengan paru-paru seperti jangkitan paru-paru pneumonia, pneumothorax
- masalah dengan perut seperti gastritis atau asid perut naik ke atas
- sakit otot (costochondritis)
- herpes zoster (biasanya turut ada ruam kayap pada bahagian dada sehingga ketiak)
Sakit dada sebelah kiri seperti dihimpit dan biasanya sakit akan pergi ke tangan kiri dan rahang beserta dengan sesak nafas adalah simptom lazim untuk serangan jantung. Bersegeralah berjumpa dengan pakar perubatan kerana ia adalah kes kecemasan.
Oleh kerana simptom anda boleh jadi beberapa diagnosis ataupun penyebab yang mampu mengancam nyawa, anda disarankan berjumpa pakar perubatan dengan segera untuk mengetahui punca sebenar sakit dada anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.