Sulit
3 tahun
Sakit dada (ex-covid patients)
Hi doctor, sya ingin bertanya… Saya baru selesai menjalani kuarantin di hospital selama 10 hari dan kuarantin dirumah selama 4 hari. Permulaannya didiagnose positive covid, saya hanya mengalami demam sahaja tanpa batuk, selesema dan sebagainya. Namun, setelah selesai kuarantin, sya mengalami sakit dada yang agak teruk seakan ditekan dengan batu dan menyucuk-nyucuk selama 2 3 hari kebelakangan ini. Adakah covid tu kembali menyerang sya semula? Saya faham masih lagi positif selama 3 bulan. Namun kenapa sya baru merasai simptomnya selepas tempoh kuarantin. Atau mungkin sya baru mengalami sakit jantung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
- Masalah jantung
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai penyakit jantung ataupun sakit tersebut berpunca daripada penyakit lain memandangkan maklumat lanjut adalah diperlukan dan pemeriksaan secara fizikal dan klinikal perlu dilakukan.
Sila berjumpa dengan doktor segera jika anda mempunyai gejala ini:
- Pitam
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Sakit mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.