
Anonymous
5 tahun
Sakit Dada Hanya Sebelah Kiri
Saya wanita berumur 33 tahun.Saya sakit dada sebelah kiri dan ada kalanya pening memusing sejak 3 hari lpas selepas saya baik dari demam.Semasa demam badan sakit turut sakit sakit.Saya dah menjalani ecg dan blood test utk mengenal pasti punca sakit samada berkenaan jantung atau tidak.Alhamdulillah result ecg dan blood test baik.Doc bekalkan ubat minum gaviscon,ubat tahan sakit ultracet(campuran tramadol dan paracetamol) dan ubat gastrik ranitidine.Persoalan nya adakah sakit dada saya ini berpunca dari muscle pain sahaja?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca sakit dada, antaranya:
Angina
kekurangan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantungSakit jantung
Ini berlaku apabila otot jantung menjadi rosak disebabkan oleh kekurangan oksigen.Serangan panik
Ia disertai dengan sesak nafas, jantung berdebar, loya dan juga rasa gelisah.Pedih ulu hati
Sakit pada otot dada, kulit, tulang atau saraf
- Masalah paru-paru
Oleh kerana anda telah mendapatkan ujian dan jantung anda tidak bermasalah, sakit dada anda mungkin berpunca daripada masalah lain seperti perut, paru-paru atau otot. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!