
mira.chef
5 tahun
Sakit dada ketika tidur mengiring
Saya wanita berumur 32 tahun. Sejak beberapa tahun lepas selepas melahirkan anak pertama saya mula berasa sakit di bahagian tengah dada sekiranya tidur mengiring terutama ke kanan. Apabila sakit berlaku terasa susah utk mengalihkan kedudukan badan & perlu menggerakkan badan secara perlahan-lahan menelentang untuk mengurangkan kesakitan. Saya akan berasa sakit setiap malam jika tidur mengiring ke kanan. Apakah masalah yg kemungkinan saya hadapi. Saya tak pernah berjumpa doktor mengenai sakit saya ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastroesophageal reflux disease (GERD) yaitu suatu keadaan yang mana asid perut tertolak naik mengenai dinding dalam esofagus
- gastritis kronik
- masalah otot dan tulang seperti keradangan tulang rusuk ( costochondritis )
- serangan panik
- microvascular angina sakit dada akibat saluran darah ke jantung tidak mendapat oksigen
Memandangkan gejala ini telah berlaku sejak sekian lama, adalah digalakkan untuk anda memerhatikan perubahan rasa sakit apakah bertambah atau berkurang sewaktu berehat atau beraktiviti. Andainya gejala memburuk, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.