
Sulit
4 tahun
Sakit dada kiri , bengkak kaki , kerap sesak nafas dan mudah letih
Hai doctor , saya remaja 16 tahun mengalami masalah sakit dada kiri seperti dihempap benda berat setelah saya membuat kerja berat seperti naik tangga … saya juga mengalami symptom lain seperti kerap sesak nafas , bengkak di kaki , demam , sakit dada kiri dan mudah letih … keputusan DASS anxiety depression and stress saya sangat normal … bole doctor terangkan apa yang saya sedang hadapi ianya mengganggu dan menjejaskan aktiviti seharian saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit dada bahagian kiri dan sesak nafas yang disampingi oleh keletihan dan kaki bengkak. Simptom-simptom yang anda alami tersebut mungkin boleh berkait antara satu sama lain ataupun tidak.
Namun, masalah yang anda perihalkan tersebut boleh dikaitkan dengan beberapa penyakit iaitu:
- Penyakit kegagalan jantung terseumbat (Congestive Heart Failure)
- Sindrom akut koronari (Acute coronary syndrome)
- Jantung bengkak
- Keradangan pada jantung yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau demam reumatik
- Penyakit hati atau kegagalan hati (badan akan kekuningan)
- Salur darah paru-paru tersumbat (Pulmonary embolism)
- Penyakit darah tinggi atau kencing manis
- Salur darah kaki tersumbat (Deep vein thrombosis)
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit jantung dari lahir seperti jantung berlubang
- Penyakit metabolisma hati
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kebanyakan simptom anda seperti kaki bengkak dan sakit dada boleh dijadikan sebagai penanda utama bagi sesebuah masalah jantung. Oleh itu, kebanyakan senarai penyakit tersebut adalah berkait dengan kesihatan jantung anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera bagi mengenalpasti punca masalah anda dengan lebih tepat dengan menjalani ujian kesihatan selanjutnya agar mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi