
Sulit
3 tahun
Sakit dada kiri dan kanan dan pinggang
Sy ada masalah Bahagian tgh dan bwah dada kiri kanan sy ada rsa sakit x berapa nk kuat dan kadang2 rsa tarik n pedih… kadang2 rasa pedih sebelah dada kiri dan kanan jga…sy cepat semput bila wat kerja berat,dlu sy pemndu lori,sekarang sy sebagai Tyerman lori… kdang2 ssh nk telan air liur rsa mcm tersekat, tidur pula tidak blh melintang,nafas tersekat,kahak selalu ada … sy merokok… sekotak 16batang surya dlm 3hri…pinggang kadang2 rasa sakit sgt kt belah kanan,sy jga ada darah tinggi tp hanya mkn ubat jenis AMLODIPINE 5 ke 10mg(2biji). . apa masalah sy ni dokter… sy ank 8org… risau dan rasa stess. pnh pergi klinik kesihatan… doktr sana ckp angin n gastrik ja… tp makin rsa teruk apa yg sy alami…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Anda dinasihatkan untuk:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.