wanhazim822
3 tahun
Sakit dada kiri dan ngeri di dada
Hi doc , sy umur 20 . Dua tiga hari ni sy sering rasa cucuk cucuk di bahagian kiri sy. Sy risau sakit jantung ke apa? Dan bila batuk kahak saya tk keluar. Kahak susah nk keluar . Doc harini pulak. Sy rasa cucuk cukuk dada bahagian depan. Tempat same je. Atas pada chest kiri sy. Bukan kerap tapi macam skali ada skali tade . Skali ada skali tade. Skali rase , rase cucuk2 tu macam senak. Tolong doc. Skrg masih rasa. Sy tidur bilik pasang aircone. Tk pasang aircond pun rasa cucuk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan sakit mencucuk pada dada seperti yang anda terangkan. Gejala ini boleh berpunca daripada esofagus, perut, paru-paru, jantung, otot dada, tulang, kulit atau saraf. Antara penyebab yang boleh berlaku adalah:
- Gastrik
- Asid refluks
- Radang paru-paru atau radang selaput paru-paru
- Sakit jantung (biasanya mengejut dan lebih sakit dan berlaku pada mereka yang lebih berusia)
- Gangguan saraf
- Kecederaan otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


































