
Sulit
2 tahun
Sakit dada, leher dan belakang
saya wanita berusia 21 tahun. Saya pernah jatuh dari tempat yang agak tinggi dab jatuh terhentak sewaktu bersukan menyebabkan belakang saya sakit dan sukar untuk bergerak… Tidak lama kemudian sakit belakang saya hilang. Tapi selepas beberapa bulan saya mngalami sakit belakang yang makin teruk sehingga sukar untuk berdiri lama kerana rasa sakit.Duduk terlalu lama juga menyebabkan kesakitan. saya juga kadang kala merasakan sakit yang menyebabkan saya tidak boleh menggerakkan badan saya dengan betul lebih2 lagi selepas melakukan beberapa pergerakan seperi mengangkat barang… Kemudian saya mula merasakan sakit di bahagian leher dan dada… Saya merasakan dada saya seperti ketat dan sukar bernafas lebih2 lagi sewaktu berbaring… Kadangkala apabila saya merasakan ketat di bahagian dada saya cuba bergerak dan Dada saya berbunyi seperi letupan di sendi. Saya juga merasakan denyutan di payudara kanan saya. Belakang saya sentiasa terasa sakit dan sering berbunyi…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Trauma pada bahagian tulang saraf, tulang bahu ataupun tulang rusuk (retak, patah dan sebagainya)
- Masalah otot (keradangan)
- Masalah pada saraf
Sakit dada pula boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Pemeriksaan fizikal dan ujian seperti x-ray perlu dilakukan untuk mendapatkan diagnosis sebenar. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.