
rizalinaahmad41
5 tahun
Sakit Dada, pedih Hulu hati
Hi doktor, sekali lagi saya ingin bertanya. Saya mengalami senak Dan sebu Di perut. Akibatnya terlalu kerap sendawa sampai kekadang rasa macam nak muntah. Hulu hati terasa pedih Dan kekadang Dada saya juga sakit. Tetapi pernafasan saya tidak terganggu cuma bila tarik nafas tu Dada rasa ketat sikit Dan perut pun tak selesa. Sebelum ni Ada selsema tapi dah baik Dan tekak tak selesa pun dah beransur ok. Perut saya mula jadi macam ni selepas saya amalkan minum air halia suam bercampur madu. Saya khuatir dgn keadaan wabak yg Ada sekarang ini. Saya tak contact secara lansung dgn mereka yg positive covid19 tapi saya memang menggunakan bas, lrt Dan mrt seaaktu pergi Dan balik dari kerja sebelum ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kaih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan penerangan anda, anda mungkin mengalami masalah perut berangin kerana amalan minum air halia anda. Halia akan membuat anda kerap sendawa sebagai cara untuk ‘buang angin’. Oleh kerana kita sedang mengalami penularan wabak COVID-19, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi dahulu gejala anda serta melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini