
Sulit
3 tahun
Sakit dada ,sakit kepala, muntah, sakit tumit kanan dan tak lalu makan
Saya wanita dalam 20 an . dua tiga hari ini apabila saya bangun tidur saya mengalami sakit dada, sakit kepala, sakit tengkok dan ingin muntah. saya jugak mengalami kesakitan pada tumit kanan .dan tak lalu makan.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami sakit dada, sakit kepala dan rasa ingin muntah serta beberapa gejala yang menganggu anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang berehat
- Gangguan emosi
- Stres atau tertekan
Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan kondisi kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , seperti:
- Peptic ulcer disease
- GERD
- Masalah pada jantung
- Pedih ulu hati
- Gastritis
Sakit tumit kanan pula boleh berlaku disebabkan perkara seperti kecederaan kaki. Namun ia boleh berlaku disebabkan penyakit yang serius seperti osteoarthritis kaki, rheumatoid arthritis kaki, ataupun septic arthritis.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penilaian dan nasihat lebih lanjut dalam perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.