
Sulit
4 tahun
Sakit dada , sakit pada bahagian bawah pipi , sakit pada bahagian bawah perut dan sakit pada bahagian bahu hingga lengan
Saya remaja berusia 16 tahun . Sejak semalan , saya berasa sakit di bahagian kanan dada . Lengan saya rasa sakit dan lenguh serta bahagian bawah pipi saya berasa amat sakit . Bahagian dada saya berasa sakit hanya untuk seketika dan saya telah mengalami perkara inj beberapa kali . Kadang kadang tapak kaki kiri saya juga berasa sakit . Apakah puncanya … ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sakit dada sebelah kanan atau kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Antara punca masalah ini ialah:
- Angina- Angina terjadi apabila saluran darah ke jantung menyempit kerana pengumpulan plak kolesterol dan lemak di dalam arteri koronori yang membawa darah ke jantung. Apabila melakukan aktiviti fizikal, jantung akan mengepam lebih laju supaya lebih banyak darah megalir ke seluruh badan
- Sakit otot : Anda mempunyai terdapat pelbagai otot di bahagian dada samada di bahagian luar atau dalam. Sakit ini boleh terjadi selepas membuat aktiviti fizikal dengan postur yang salah atau kemalangan kecil atau besar.
- Rasa tertekan/stres/risau : Rasa tertekan boleh membawa kepada rasa jantung berdebar, sakit dada dan sesak nafas. Kemurungan juga boleh memberi simptom yang sama.
- Pedih ulu hati : Ini merupakan tanda Gastrooesophageal Reflux Disease (GERD) di mana kandungan perut yang berasid naik ke dalam esofagus. Selain pedih di bahagian atas perut, seseorang boleh juga rasa sakit di dada. Anda juga mungkin boleh rasa pahit di mulut kerana kandungan naik balik semula ke atas.
- Sakit yang berkait dengan abdomen : Sakit dari bahagian perut yang disebabkan penyakit lain boleh dirasa di bahagian dada.
- Serangan jantung/sakit jantung
Berkenaan dengan sakit pada lengan dan bawah pipi serta tapak kaki kiri anda, kami memerlukan maklumat yang lebih terperinci daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, berdasarkan keterangan anda mengenai gejala sakit dada tersebut telah anda alami beberapa kali sebelum ini, anda disyorkan untuk melakukan kunjungan ke doktor di klinik/hospital berdekatan bagi menjalani pemeriksaan. Hal ini kerana untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan yang lebih teliti adalah diperlukan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi