
Sulit
5 tahun
Sakit dada sebelah kanan cuma skli
Salam,doc…sy bella brumur 25 thun…sy mgalami sakit dada sbelah kanan…baru skli…adakah disebabkan sy slalu mndi lwat mlm dn tido lwat… Bole berikan penerangan kpd sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastroesophageal reflux disease (GERD) yaitu suatu keadaan yang mana asid perut tertolak naik mengenai dinding dalam esofagus
- gastritis kronik
- masalah otot dan tulang seperti keradangan tulang rusuk ( costochondritis )
- serangan panik
- microvascular angina sakit dada akibat saluran darah ke jantung tidak mendapat oksigen
Memandangkan gejala ini telah berlaku sekali, adalah digalakkan untuk anda memerhatikan perubahan rasa sakit apakah bertambah atau berkurang sewaktu berehat atau beraktiviti. Andainya gejala memburuk, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.