
Anonymous
6 tahun
Sakit dada sebelah kanan dan belakang setiap malam
Saya wanita yg da berumahtangga dan berusia lewat 40an,berat bdn dlm 80 ke atas.sakit yg saya alami hanya terjadi beberapa bulan,setiap mlm sy payah nk tido krna serangan sakit dada sebelah kanan hingga ke blkg,lepas disapu minyak,pasti sedawa berlebihan.harap doktor bole terangkn mslh sakit sy ini.terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit dada. Antaranya ialah:
1)Angina
kekurangan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung
2)Sakit jantung
Ini berlaku apabila otot jantung menjadi rosak disebabkan oleh kekurangan oksigen.
3)Serangan panik
Ia disertai dengan sesak nafas, jantung berdebar, loya dan juga rasa gelisah.
4)Pedih ulu hati
Sakit pada otot dada, kulit, tulang atau saraf
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih