
tajularus80
5 tahun
Sakit dada sebelah kanan dan sebelah kiri sebab apa
Saya lelaki berumur 38 tahun…saya tiba2 sakit dada oedih sebelah kanan…dalam 5 minit hilang dan sebelah kiri pula…rasa pedih…saya ada darah tinggi baru 2 bln…bulan lepas ada buat ecg dan echo…doc ckp jantung saya ok cuma jantung saya laju…jadi sekarang tiba2 rasa sakit…napa doc…atau mungkin saya tengahari hari tadi mkn pedas dan masam… terima kasih ya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, selain masalah jantung, sakit dada yang bersifat pedih juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastroesophageal reflux disease (GERD) yaitu suatu keadaan yang mana asid perut tertolak naik mengenai dinding dalam esofagus
- gastritis kronik
- masalah otot dan tulang seperti keradangan tulang rusuk (costochondritis)
- serangan panik
- microvascular angina sakit dada akibat saluran darah ke jantung tidak mendapat oksigen
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak beberapa lamanya, dikhuatiri dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.