
Sulit
5 tahun
Sakit Dada Sebelah Kanan Ketika Batuk
Saya mengalami sakit dada sebelah kanan bila batuk, tunduk dan ketika bangun dari tidur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit dada bahagian kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Muscle strain
- Sakit paru-paru
- Gastroesophageal acid reflux (GERD)
- Sakit jantung
Oleh kerana terdapat banyak kemungkinan penyakit lain yang terkait dengan sakit dada. Justeru, merujuk kepada doktor adalah amat digalakkan sekiranya sakit sehingga menganggu pernafasan dan aktiviti harian.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.