
Anonymous
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri berterusan
Saya wanita berusia 35 tahun.bujang .akhir ni saya kerap sakit dada sebelah kiri.sktnya terasa sgt bila batuk dan tarik nfs.bila buat kerja uma pun sy jd cpt pnt.sesak nfs.hrp doc tlg huraikan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda sakit dada kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- angina
- serangan jantung
- aortic dissection
- perikarditis
- pedih ulu hati
- sakit otot dan tulang
- sakit paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.