Sulit
4 tahun
Sakit dada sebelah kiri bila ada pergerakan. Tidak ada side effect lain selain tu. Cuma kadang2 rasa sakit menyucuk
Beberapa hari ni saya sakit dada sebelah kiri. Tapi hanya sakit. Tak ada sesak nafas atau side effect lain. Kalau tarik nafas dalam2 pun tak ada rasa sakit. Cuma kalau ada pergerakan akan rasa sakit. Kalau saya urut di kawasan tu, dia tinggalkan kesan yang sakit.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Memandangkan usia anda masih muda, berkemungkinan besar penyebab utama adalah akibat asid perut, sakit paru-paru serta sakit otot. Sebaiknya yang dilakukan adalah memeriksakan diri ke doktor dan bincangkan riwayat kesihatan anda dan riwayat sosial anda. Selain itu, adalah digalakkan untuk mengamalkan yang berikut bagi mengelakkan terjadi penyakit-penyakit lain:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.


































