
Sulit
4 tahun
Sakit dada sebelah kiri dan rasa lenguh pada tangan
saya wanita berumur 19 tahun, saya masih belajar Institut Pengajian Tinggi Awam UITM Jengka Pahang. Namun saya masih belum daftarkan diri di kampus akibat pandemik covid-19. Harini dah masuk 5 hari saya sakit dada di bahagian kiri atas payudara. Jika saya tidur pada waktu malam saya rasa sangat sakit sampai susah nak tidur. Dan lengan saya juga rasa lenguh. Kadang-kadang saya rasa macam demam walaupun suhu badan saya tidak begitu panas…boleh Doktor tolong terangkan penyakit yang mungkin saya hidapi.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala sakit dada yang anda alami antaranya adalah:
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
- Gangguan otot atau terseliuh
- Kekurangan rehat atau kepenatan yang terlampau
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Gangguan organ jantung
- Gangguan vaskular (i.e. kolesterol tinggi, hipertensi, dll)
- Gangguan kelenjar limfa
- Gangguan payudara
- Gangguan muskuloskeletal
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.