
Sulit
4 tahun
Sakit dada sebelah kiri malam
Saya sering merasa sakit dada sepeti tercucuk tajam tapi tidak ada sesak nafas. Cuma apabila baring. Terasa sukar bernafas. Setelah sendawa baru la lega. Macam banyak angin. Sakit dada sampai ke belakang dada

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Namun begitu, kami kurang jelas berkenaan kenyataan yang diberikan oleh anda. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sesak nafas atau tidak cukup udara, seperti:
- Masalah jantung
- Serangan asma
- Refluks asid atau GERD
- Masalah psikologi:
- Kemurungan ( depression )
- Keresahan ( anxiety )
- Tekanan emosi atau stres
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Selain itu, mengalami masalah sesak nafas adalah tidak normal dan perkara ini memerlukan pemeriksaan dan siasatan lanjut oleh doktor. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.