
Sulit
4 tahun
Sakit dada sebelah kiri yang menyucuk
Saya student perempuan berumur 20 tahun. Sejak semalam dada saya sakit menyucuk di sebelah kiri dada. Lengan sebelah kiri saya juga lenguh semenjak kelmarin sehingga hari ini. Semalam saya ada membuat aktiviti memukul whipping cream menggunakan hand blender dan juga menjawab test secara bertulis setelah sekian lama tidak menulis. Dada kiri saya masih rasa sakit menyucuk di tempat yg sama. belakang sebelah kiri juga rasa lenguh. Adakah ini symptom heart attack?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Saya mendapati pihak anda mengalami masalah sakit dada dan juga sesak nafas. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit otot kiri
- Asma
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Masalah tiroid
- Masalah jantung
- Serangan panik
- Masalah paru-paru
- Keradangan tulang rusuk
Namun begitu, ini hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum diagnosis yang tepat dapat dikenalpasti.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.