
bdxbackstreet
4 tahun
Sakit Dada Selepas Muntah
Hi & Salam. Saya lelaki berumur 23 tahun. Saya berasa sakit dada selepas muntah akibat mual. Sakit dada ni sudah berlarutan selama 4 hari dari 16 hb Feb 2021. Saya tidak pernah sakit dada disebabkan muntah sebelum ini. Ini kali pertama. Mohon bantuan takut ini perkara serius. Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dada selepas muntah. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:
- Penyakit refluks gastroesofagus (GERD): penyakit refluks asid di dalam perut yang boleh menyebabkan sakit dada dan pedih ulu hati serta mual dan muntah.
- Keradangan pada jantung seperti (Myocarditis, Pericarditis)
- Masalah salur darah aorta .
- Masalah pankreas atau keradangan pankreas.
- Batu karang dalam hempedu.
- Penyekatan salur darah paru-paru ( Pulmonary embolism )
- Paru-paru berair
- Jangkitan kuman pada ruangan paru-paru.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain sepert
- Muntah darah
- Batuk tanpa henti
- Demam panas
- Masalah penghadaman dan penurunan berat badan
- Sakit dada yang merebak ke kawasan belakang badan.
- Keletihan dan tidak bermaya.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah anda masih berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi