
Sulit
4 tahun
Sakit dada selepas operated jantung asd. Sesak atas. Penat. Rasa tak larat sangat
Hi Dr sya berusia 22. Dan baru 2 tahun operated jantung ASD. Sya agak lasak selepas operated. Dan sekarang sya rasa Dada kanan sya sakit seolah ketat. Bahu lengan dan belakang sya sakit. Sya selalu semput dan tersangat cepat penat. Muka sya dah mula sembab. Kaki sya baru nk bengkak. Sya mudah kebas. Selalu pucat. Kenapa dengan sya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini mungkin boleh disebabkan oleh jantung yang gagal berfungsi dengan baik. Hal ini lah yang menyebabkan anda rasa sakit dada, semput serta senang penat. J jantung yang tidak boleh mengepam dengan baik boleh menyebabkan air bergumpul serta menyebabkan kaki bengkak. Selain itu, kekurangan peredaran darah juga boleh menyebabkan kulit muka menjadi pucat.
Akan tetapi, pihak kami tidak menolak kemungkinan lain yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera memandangkan anda mempunyai sejarah masalah berkaitan dengan jantung.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.