
Sulit
2 tahun
Sakit dada selepas pulang dri shah alam dengan menaiki bas
Saya lelaki berumur 29 tahun, baru2 ini saya baru pulang dari shah alam dengan menaiki bas. Esok ya saya mengalami sakit dada seperti tidak dapat bernafas panjang & ada speeri mnekan dada. Saya tidak batuk tp saya mempunyai kahak. Adakah saya masih boleh ke tempat kerja @ saya perlu ke klinik berhampiran untuk semakan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Untuk maklumat anda, masalah pernafasan laju dan rasa tidak selesa di bahagian dada dan bahu boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
Masalah pernafasan seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Masalah sistem pencernaan:
- Batu pada hempedu (gall stones)
- Masalah pada hati (liver disease)
- Masalah gastrik dalam perut (gastritis)
Masalah pada jantung
Berdasarkan gejala yang anda hadapi, anda juga digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Di hospital kerajaan, ujian in hanya akan dijalankan ke atas mereka yang berisiko tinggi. Oleh itu, kami menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Bagi info lanjut, sila rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/