
Sulit
5 tahun
Sakit dada semasa tidur
saya wanita berumur 33 tahun. da sebulan saya merasakan sakit di bahagian dada tengah. sebelum saya merasakan sakit ini saya ada demam batuk dan selesema dan membuatkan suara saya berubah,tetapi apabila saya sudah mendapatkan rawatan di klinik kerajaan, sakit ini da baik tetapi timbul pula masalah sakit dada hingga berlarutan sampai sekarang.tetapi sakit dada ini akan terasa apabila waktu malam.saya sukar nak tidur kerana dada tengah terasa seperti di tekan benda yang berat. saya akan merasa kurang selesa. saya tidak dapat baring semasa tidur…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.