
Sulit
4 tahun
Sakit dada, sendawa, pedih bahagian perut n atas
Saya lelaki berumur 40 tahun. Sejak berapa hari ni sy mengalami
- Sakit dada sebelah kiri
- Bahagian atas perut rasa tak selesa.
- Bahagaian otot bahu n betis lenguh, lemah…
- Buang air besar kekadang hari2, kekadang 2 -3 hari…
- Kerap sendawa bila bahgian2 yg sakit urut kekadang tak urut pn sendawa bnyk…
- Perut kekadang rasa tak selesa… pedih sekejap…
Boleh doktor terangkan keadaan sy ni? Fikiran risau n fikir yang bukan2 dah ni doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat banyak penyakit yang boleh disebabkan oleh simptom-simptom seperti yang anda nyatakan. Contohnya seperti:
Gejala pedih hulu hati atau ‘gastro-esophageal reflux disease’ (GERD).
GERD ialah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut)Gastrik
Ulser perut
Jangkitan bakteria helikobakter pylorii pada perut (menyebabkan penyakit radang perut).
Hernia hiatal.
Ia berlaku apabila bahagian perut menonjol melalui diafragma.pesakit yang mengalami hernia hiatal biasanya dikaitkan dengan tabiat merokok, obesity dan usia yang semakin meningkat terutamanya melebihi 50 tahun.
Terdapat beberapa perubahan gaya hidup boleh diamalkan untuk mengurangkan simptom seperti yang anda lalui, iaitu:
Mengekalkan berat badan yang sesuai
Berhenti merokok
Memperbaiki postur badan
Berdiri selepas makan
Makan dengan jumlah (portion) yang kecil sepanjang hari
Tidur dua atau tiga jam selepas makan malam
Elakkan mengambil kafien, coklat, pudina, alkohol, makanan bergoreng dan tinggi kandungan lemak
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih