
Sulit
3 tahun
Sakit dada sepanjang ari berlarutan semenjak 4 hari
hi doc!!sy sejak beberapa hari mengalami senak dada…sy ingat angin macam menyucuk kat dada.badan sy mmpunya angin yg agak teruk dan ad gout…adakah ini berkaitan angin didalam tubuh. sy chekc dkt farmsi tekanan darah dan jantung ok

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Masalah jantung
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.