Sulit
4 tahun
Sakit dada setelah makan ubat
Sy wanita umur 28 sering sgt sakit dada apabila selepas ambik ubat tdk kira dr doc klinik or any supplemnt kesihatan. Malam dada sakit panas, sesak nfs,’nfs jadi pendek, pnass dlm dada bahagian tengah, kebas seluruh tubuh terutama tgn, nak tdo pun takut . Kiri n knan xslesa juga.setiap kli cmto … sakit bdan rse bila xdapat tdor pdahal bdn xsihat perlu makan ubat or any supplemnt . Help me doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda serta jenis ubat yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
- Ubat-ubatan- Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan yang teliti perlu dilakukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mengesyaki jenis ubat yang anda ambil menyebabkan gejala ini, anda disyorkan untuk memberi aduan ini kepada doktor yang merawat anda supaya ubat/rawatan alternatif boleh diberikan.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi


































