
Sulit
4 tahun
Sakit Dada, sukar bernafas
Sya berumur 17 thn dn sya mempunyai masalah sukar bernafas &sakit Dada… Sya menghadpi maslah ini sejak sya berumur 15 pada mulanya ia berlaku secara tdk ttp namun skrng sakit Dada dn sukar bernafas jdi semakin kerap dn sya mudah berasa lelah dn penat… Apa mSalah yg sya mungkin hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Pihak kami tidak boleh untuk membuat kesimpulan megenai masalah yang mungkin anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.