
Sulit
5 tahun
Sakit dada tanpa sebab
Sya wanita usia 21. Tahun lepas sya open surgery untuk asd closure. Sekarang sya rasa sakit dada menikam hingga belakang. Sya sakit kepala, rasa nk pitam. Sya tak boleh mkn minum sbb bila menelan dada sya rasa sakit mcm ada tulang ikan tersekat di situ. Kaki tangan sya jadi lemah dan selalu menggeletar. Sya mudah jatuh. Sya ada demam on off dan batuk selsema. Kenapa dgn sya ya? Ecg sya di klinik ada rbbb tpi di hospital normal.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan luka pembedaha - samada jangkitan pada jahitan luka atau jahitan terbuka
- Masalah ritma jantung - seperti RBBB yang anda alami
- Masalah saluran darah aorta - seperti “aortic dissection”
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor pakar dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.