
Sulit
4 tahun
Sakit dada tengah dan kiri
Saya wanita umur 25 tahun. Sudah 3 hari saya sakit dada tengah dan kadang2 sakit dada kiri, kemudian naik ke tekak rahang. Tangan saya juga sakit jd lemah dan rasa sejuk2 di dalam tangan. Sakit di dada seperti di tekan cucuk dan seperti rasa berat sahaja. Sakit hanya pada 1-2 minit kemudian dada rasa berat je bila bernafas. Saya jd cepat penat lately ni. Jalan kejap dah penat dan dada rasa berat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit dada boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
- Kesakitan akibat radang esofagus
- Salur darah paru paru tersumbat
- Pneumothorax
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi.
Saya menasihatkan anda untuk ke hospital bagi pemeriksaan lanjut kerana sakit dada boleh membawa kepada masalah serius dan maut. Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti dibawah, jangan berlengah untuk ke hospital:
- Sakit di bahagian dada yang menyucuk dan kerap
- Sakit merebak ke lengan, rahang dan bahu
- Loya dan muntah muntah
- Rasa berdebar debar
- Sesak nafas
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.