Sulit
5 tahun
Sakit dada tiba tiba hari ini sakit tekak tapi tidak sakit
Saya wanita umur 20-an, semalam saya mengalami sakit dada dan semalam petang saya pergi jumpa doctor. Saya cuma sakit dada di bahagian kiri tetapi tidak sesak nafas. Doctor mengatakan saya tidak ada demam, tiada selsema, tiada batuk, tiada sesak nafas, sakit tekak, doc sudah check yang pernafasan dan paru paru saya clear tidak ada apa apa. Doc mengatakan saya makan lambat, boleh disebabkan sakit dada dan banyak angin didalam badan. tiba pagi harini saya sakit tekak tetapi tidak sakit. Ada symptom covid ke? Atau biasa sahaja
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Simptom sakit tekak tidak spesifik kepada jangkitan COVID-19. Sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Oleh kerana anda mempunyai simptom ini, anda digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































