
Sulit
2 tahun
Sakit dada yang berpanjangan selama 3 minggu
Sy merupakan seorang perempuan berumur 22 tahun. seorang yg aktif. Sejak 3mnggu lps, sy mngalami kesakitan yg teramat pd bahagian dada di bahagian dpn n juga belakang badan. Dada juga terasa berat tetapi sy masih mampu untk menarik nafas sperti biasa. Slps itu, sakit tersebut reda. Pd mnggu ini, sakit dada tersebut dtg semula dan menjadi lebih sakit. kdg kala degupan jantung menjadi laju. Apabila tiba waktu mlm, ksakitan mnjadi smakin kuat dan tidak selesa untk baring. Tulang d bhgian belakang dada turut sakit jika ditekan. Keseluruhan bhgian dada dpn dan blkg mnjadi amat sakit. Apakah petanda ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Saya mendapati pihak anda mengalami masalah sakit dada, degupan jantung laju dan juga sesak nafas. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asma
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Masalah tiroid
- Masalah jantung
- Serangan panik
- Masalah jantung
- Masalah paru-paru
- Keradangan tulang rusuk
Namun begitu, ini hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum diagnosis yang tepat dapat dikenalpasti.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.