Sulit
3 tahun
Sakit dalam tekak Dan Rasa berdenyut
Saya wanita berumur 42thn. Saya mengalami masalah sakit tekak sejak 22hari yg lepas. Dah 3 Kali saya ke klinik berhampiran rumah until menerima rawatan. Kali ke 2 ke klinik doc bekalkan antibiotic Dan ubat hisap.abis antibiotic sakit tekak pun hilang.cuma Rasa dapat rasakan Ada benda bengkak dalam kerongkong saya.pagi tadi tiba² Rasa sakit semula kerana waktu sahur saya minum air Milo panas.sy ke klinik untuk Kali ke 3. Doc check tiada bengkak pada tonsil saya. Doc bekalkan antibiotic paling kuat,ubat radang dan ubat kumur. Sy risau kalau² Ada masalah lain pada tekak saya
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Gangguan pada tekak sememangnya membimbangkan. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman
- inflamasi saluran tekak
- gangguan tonsil
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat (rasa mual)
- stress otot yang berlebihan (otot esofagus mencengkam)
- komplikasi dari penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, hiatal hernia, dll)
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pihak kami. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung dari pakar yang lebih berpengalaman terhadap gangguan gangguan yang terkait.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.