
Sulit
4 tahun
Sakit dan vagina berdarah
Salam doktor,
Saya baru lepas bersalin dan anak saya dah umur 3 bulan. Saya mula ingin bersama dgn suaki buatpertama kali selepas bersalin dan ini anak sulung. Kenapa waktu bersama faraj saya sakit dan berdarah. Kami taksempat bersama kerana faraj saya terasa sakit dan berdarah apabila pasangan saya memasukkan pelvis beliau. Apakah masalah saya ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dan pendarahan semasa hubungan seks boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vagina kering kerana menyusu anak
- Kurang teransang
- Jangkitan kelamin
- Pesakit psoriasis
- Alergi
- Pelvic inflammatory disease
- Endometriosis
- Fibroid
- Sista ovari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.