
Sulit
4 tahun
Sakit di area kemaluan secara tiba2 klu berdiri
Hello saya mengalami sakit di area sulit bila sy hendak berdiri rasa pedih sgt di area intim sy… mengapa begini harus apa yg saya lakukan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh membuatkan kemaluan sakit seperti:
- Jangkitan yis
- Chlamydia
- Jangkitan gonorrhea
- Kecederaan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.