
liyanaizzaty981121
5 tahun
Sakit di bahagia dada kanan
Hi saya nak tanya, once saya tarik nafas saya akan rasa sakit, tertarik di bahagian dada di belah kanan sampailah ke belakang badan di belah kanan juga. Sakit dan tertarik sampaikan saya tidak boleh bernafas secara normal. Bila baring, ketawa or angkat barang berat memang terasa sakit di bahagian dada & belakang badan belah kanan sahaja. Kenapa ya… Sebab sebelum ni tak pernah jadi. Dah 4 hari saya menahan sakit dada. Then bila urut sampai sendawa. Bila tidur sampai terjaga disebabkan sakit. Kenapa ya doctor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Pneumothorax
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti radang paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.