
Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian ari² & testis
Saya seorang lelaki berusia 28 tahun. Saya beberapa kali pernah merasa kesakitan di bahagian testis dan di bahagian bawah perut atau di bahagian pubic symphysis jika saya mengalami eraction yg berlebihan atau kerap. Jika sy mengalami eraction yg berlebihan ia akan menyebabkan kesakitan & kesakitan itu akan berlanjutan sehingga beberapa hari. Sebagai contoh dalam satu hari tu jika saya terangsang dengan kerap lebih dari dua kali ia akan menyebabkan kesakitan itu muncul. Jika setakat rangsangan biasa kesakitan itu tidak ada. Saya pernah ada sejarah jangkitan kuman pada saluran kencing adakah ia antara penyebab kesakitan itu? Sy prnh mendapatkan rawatan jika merasa kesakitan tapi hanya diambil sampel air kencing & didapati air kencing kotor. Adakan ada sakit lain yang menyebabkan kesakitan ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami faham kebimbangan anda terhadap sakit di bahagian kemaluan anda pada masa ini dan ia mengganggu anda. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah kesakitan di bahagian kemaluan yang kerap memerlukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui puncanya. Selain itu, disebabkan anda mempunyai sejarah jangkitan salur kencing atau kencing kotor sebelum ini, komplikasinya mungkin boleh menyebabkan anda mengalami gejala seperti yang disebutkan.
Berikut juga merupakan antara punca-punca yang boleh menyebabkan mengalami gejala yang disebutkan:
- Kecederaan pada zakar
- Masalah saluran darah kepada zakar (ischemia)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases) seperti gonorea atau sifilis
- Radang uretra (urethritis)
- Radang prostat (prostatitis)
- Kanser zakar
Kami sarankan anda untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian secara telekonsultasi supaya kami dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.