aideed205
5 tahun
Sakit di bahagian belakang bahu dan sakit tekak
Saya mengalami sakit dibelakang bahu dan terasa demam. Bila kita check suhu ianya cuma 35.8 sahaja, saya juga mengalami sakit tekak dan tangan terasa kebas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Sakit bahu dan tangan anda terasa kebas pula boleh disebabkan oleh:
- frozen shoulder terkait struktur tulang dan otot di sekitar bahu
- cervical syndrome
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





























