
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian dada dan otot
Saya berumur 47 tahun. Saya berasa sakit do bahagian dada selama 3 hari. Saya tiada rasa sesak nafas tapi sakit otot.Setiap kali saya ukur August badan saya dalam linkungan 37 hingga 37.8 deg C. Bacaan ini consider demam tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Demam merupakan bacaan suhu badan lebih daripada 37.5 darjah celsius. Oleh itu, anda mengalami demam gred rendah. Sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.