
idilasrafofficial
4 tahun
Sakit di bahagian esophagus dan kerap sendawa angin
Saya lelaki berusia 22 tahun, setiap kali apabila merasa stress atau lapar, bahagian esophagus Saya akan merasa sangat sakit Serta Saya akan sendawa angin banyak kali, kalau Saya menahan sendawa tu, esophagus Saya akan lebih sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Radang esophagus (esophagitis)
- Gastritis
- Ulser gastrik
- Alahan (allergy)
- Ubat-ubatan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga dinasihatkan untuk makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit untuk melegakan sakit tersebut dan cuba elakkan faktor yang menyebabkan anda stres.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.