
Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian vargina
Saya wanita berusia 24 tahun. Saya mengalami sakit di bahagian bibir vargina. Sakit jika dipegang. Tidak bengkak, tiada benjolan. Cuma sakit jika disentuh bahagian tersebut. Dan kemungkinan ke boleh masuk angin? Hanya pada sebelah bibir dan pada satu kawasan sahaja. Tidak sakit pd kesemua bahagian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada kemaluan. Untuk makluman anda, secara umum, masalah sedemikan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Kerengsaan pada kulit sekitar kemaluan -akibat penggunaan sabun, fabrik dan bahan pewangi tertentu
- Jangkitan bakteria/virus -turut melibatkan gejala kesakitan, kegatalan, dan cecair yang keluar dari kemaluan
- Jangkitan saluran kencing
- Alahan
- Penyakit menular seksual
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Perlukan khidmat nasihat daripada pakar? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!