Anonymous
6 tahun
Sakit di bawah perut.. Dan pendarahan selepas bersama suami
Sya berumur 30thn dn mempunyai ank 2org… Sya ingin bertanya…mngapa slepas sya bersama suami kadang2 sya akan berasa sakit d bawa perut tp tdk sakit smasa bersama… Dn dlm msa 3hari slepas bersama suami keputihan sya agak bnyk… Dn ada kalanya sya rasa sakit seperti sengugut… Sya sdh 3kali mnjalani pemeriksaan pangkal rahim… Dn keputusan sentiasa ok… Tidak ada masalah… Tp kalau tidak ada masalah mengapa sya sering merasa sakit… Dn sya slalu baca tanda2 kenser pangakal rahim ada pada sya…sya juga risau doc sbb sya slalu meruang…sya tkt pangkal rahim saya kena jangkitan kuman dr jari sya… Apa yg patut saya lakukan doc…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca pendarah selepas bersetubuh.Antaranya:
- Luka akibat kurang pelicir
- Radang atau jangkitan pada kemaluan
- Radang pada serviks
- Ketumbuhan polip pada dinding vagina atau rahim
Bagi keterangan anda iaitu meruang, selalunya Meruang (Vaginal Douching) tidak dinasihatkan kerana faraj wanita masing-masing mempunyai flora atau bakteria yang sihat untuk membersihkan kawasan faraj.
Anda haruslah berjumpa doktor dengan segera untuk mengenalpasti sekiranya anda mempunyai sebarang jangkitan atau masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan faraj anda.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih.

































