
Sulit
5 tahun
Sakit di hujung dubur
Saya berumur 41 tahun dan sedang dalam berpantang hari ke 15. Masalahnya pada hari ke 10 berpantang saya mengalamai gejala sembelit teruk di mana najis agak keras dan tidak boleh keluar di mana saya terbaik mengeluarkan menggunakan jari dan didapati ada daging yang lembut agak sakit di hujung dubur. 2 hari kemudian saya mengambil dulcolax untuk memudahkan pembuangan. Apabila najis keluar agak sakit. Kemudian sakit itu tiada. Malangnya malam tadi sakit di dalam dubur tiba2 datang dan malamnya saya ambil dulcolax untukudahkan pembuangan. Pagi membuang terasa sakit dan sakit itu tidak hilang… rasa tidak selesa apabila duduk dan sukar untuk tidur. Apakah yang patut saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Fisur dubur (anal fissure) – selalunya disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Anda perlu melebihkan makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda juga perlu pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kurangkan makanan yang sukar dihadam seperti daging merah untuk mengelakkan sembelit.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.