Sulit
5 tahun
Sakit di hujung kepala zakar
Saya lelaki berumur 35 tahun, pada bulan lepas, saya ada melakukan hubungan seks sejenis dengan seorang, seminggu yang lalu saya rasa sakit di hujung penis mungkin kesan ereksi ketika berhubungan sekarang saya dapati apabila mahu kencing, saya memicit hujung zakar dan ada cecair putih seperti nanah keluar, tapi tidak rasa sakit ketika membuang air kecil… Tiada simptom2 lain… Saya sihat dan menjalani kehidupan aktif…
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami masalah kesakitan di hujung zakar dan keluar cecair putih sewaktu kencing. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Keradangan pada saluran kencing (Urethritis)
- Jangkitan penyakit kelamin
Jika tidak dirawat dengan segera, risiko untuk komplikasi serius boleh berlaku.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor


































