
Sulit
4 tahun
Sakit di oundi kencing dan bawah perut seperti kencing tidak lawas
Saya lelaki berusia 35 tahun…saya telah didiagnos menhidapi krncing manis…sekarang saya makan ubat kencing manis…namun baru2 ini pundi kencing saya rasa sakit…dan rasa seperti nak membuang air kecil…tapi bila ketandas hanya sedikit sahaja air kencing yang keluar…zakar saya berasa berdenyut dan ngilu dari pangkal zakar dan apabila ditekan di bawah perut terasa sakit ngilu…apakah punca penyakit saya dan apakah rawatan dan kaedah perubatan yang sepatutnya dilakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kencing yang tidak lawas. Untuk makluman anda, secara umum, kencing tidak lawas merupakan masalah mekanikal yang memerlukan koordinasi antara uretra dan otot pundi kencing bagi membolehkan air kencing dapat dikeluarkan. Masalah penyingkiran air kencing termasuk kesukaran memulakan proses membuang air kecil dan pengosongan pundi kencing. Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, seperti:
- Bagi lelaki, pembesaran kelenjar prostat, selalunya disebabkan oleh ‘Benign prostatic hyperplasia’ (BPH) dan kanser prostat, boleh menyebabkan kesukaran membuang air kencing.
- Ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan masalah kencing tak lawas.
- Tisu parut dari pembedahan atau trauma juga boleh menyebabkan masalah dengan aliran air kencing.
- Jangkitan saluran kencing atau sistem saraf juga boleh menyebabkan masalah ini.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan masalah anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah