
Sulit
5 tahun
Sakit Di Pinggang Semasa Keluar Air Mani
hai, dalam 5 bulan lepas saya dah jumpa pakar mengenai testis saya seperti bengkak…selepas check dan scan doktor cakap seperti ada lendir… boleh baik dengan sendiri… sekarang dalam masa sebulan lebih ni… saya mengalami masalah kebas dan serta rasa mencucuk dipinggang… dan semasa mengeluarkan air mani saya rasa seperti sakit menyucuk di bahagian pinggang… boleh saya dapatkan info lebih lanjut sama mengenai masalah ni

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit di pinggang semasa air mani keluar boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran buah pinggang
- Radang buah pinggang - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Kesakitan rujukan (referred pain) dari testis akibat saluran sperma terbelit atau keradangan
- Angin pasang (hernia) juga boleh dikelirukan dengan bengkak testis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan rawatan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.