
Sulit
4 tahun
Sakit dia bahagian kiri seperti merebak ke jantung
Hi doktor.Saya pelajar berumur 17 tahun.Semasa di sekolah saya sakit di lengan kiri area bawah ketiak dan di tempat payudara kiri.Sakit tu menyebabkan saya nafas pendek dan apabila selepas nafas rasa sakit.Rasa macam merebak ke area jantung pun.Saya pernah mengalami dan hilang tetapi kembali balik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan anda mempunyai gejala sakit bahu lengan kiri hingga ke bahagian jantung dan sesak nafas. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- serangan asma
- kekurangan sel darah merah
- tekanan darah rendah
- serangan sakit jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.