Sulit
5 tahun
Sakit dibahagian ari ari kiri selepas keguguran
Saya wanita berusia 25 tahun dan mengalami keguguran pada 12 minggu. Saya telah melalui proses D&C. Selepas proses itu pada kiraan hampir 2 minggu darah y berwarna koko masih ada tapi dengan kuantiti yang sedikit serta tidak berbau ia seperti haid yang sudah 7 hari. Saya merasakan kurang selesa pada ari ari di bahagian kiri rasa seperti nyilu dan sengal adakah disebabkan saya melalui proses D&C dan induce dibelakang badan itu?. Dan bolehkah saya melakukan proses mengurut pada ketika saya masih berpantang 2 minggu lebih?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, gejala nyilu dan tidak selesa pada bahagian kiri merupakan gejala yang normal dihadapi oleh pesakit D&C. Namun, jika anda mendapati anda mengalami gejala cecair berlendir, demam, sakit yang berlebihan dan discaj berbau, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera. Bagi rawatan tradisional, anda boleh mengambil inisiatif tersebut. Saya hanya boleh membantu memberi pandangan daripada sudut perubatan.
Bagi info lanjut, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































