
aishah9621
5 tahun
Sakit dibahagian dada
Saya wanita berumur 23tahun … ad waktunya saya terasa sakit dibahgian dada(bhgian tulang rangka) apabila sy mengeliat, bernafas dan melakukan pergerakan kecil. Saya terasa sakit ibarat tulang rusuk saya tercucuk jantung… adakah ini simptom sakit dada or sakit jantung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rasa mencucuk di dada kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis - keradangan lapisan dalam perut
- Penyakit GERD/ Refluk - yaitu apabila asid perut naik
- Masalah otot atau saraf
- Jangkitan paru-paru
- Penyakit jantung
- Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.