
Sulit
4 tahun
Sakit dibawah tulang rusuk kiri
Salam. Dalam masa 2 3 hari ni saya rasa sakit dibahagian bawah /dalam tulang rusuk kiri. Bila berjalan bangun dan duduk akan terasa. Kenapa ye? Ada simtom2 penyakit kronik ke? Mcm buah pinggang batu karang atau sbgainya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- masalah batu sepenjang saluran kencing
- fibroid dan adenomyosis
- penyakit radang pelvis
- ovari terbelit (ovarian torsion)
- kehamilan ektopik
- kanser seperti kanser uterus dan kanser serviks
Terdapat juga sebab daripada saluran pencernaan
- penyakit radang usus
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- kanser usus (colorectal cancer)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.